PENGENALAN


Sekolah ini mula dibina pada tahun 1979 dan siap pada tahun 1982. Komplek sekolah ini terletak di Kampung Sg Nipah, Mukim Pancang Bedena, Sabak Bernam, Selangor, kira-kira 12 kilometer dari pekan Sungai Besar. Mula digunakan untuk persekolahan pada bulan Januari 1982. 
Pada tahun 70-an, Bahagian Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merancang untuk membina Sekolah Menengah Vokasional di Selangor dengan pembiayaan Bank Dunia. Kawasan yang dikenalpasti adalah antara Pekan Sabak Bernam dan Pekan Kuala Selangor untuk tapak sekolah tersebut. Hasil perbincangan dengan Majlis Tindakan Daerah dan wakil-wakil rakyat tempatan, satu kawasan di Kampung Sungai Nipah, Simpang Lima seluas 19.75 ekar telah dipilih sebagai tapak untuk pembinaan. 

Pemilihan tapak tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor seperti; tanah tersebut merupakan tanah milik kerajaan negeri yang belum dibangunkan dan kewujudan sebuah sekolah vokasional pastinya dapat membantu menggiatkan serta memodenkan lagi sektor pertanian di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, apabila sekolah ini dibuka, ia merupakan sebuah sekolah menengah biasa, bukan sekolah menengah vokasional pertanian sepertimana yang dirancang

Hal ini terjadi atas sebab-sebab ::
Minat penduduk setempat terhadap subjek vokasional dan potensinya kurang mendapat tempat di hati mereka menyebabkan tiada pendaftaran masuk ke sekolah ini. 

Rayuan penduduk Kg Sungai Nipah dan sekitar pekan Simpang Lima agar sekolah ini ditukar kepada sekolah menengah biasa kerana anak-anak mereka terpaksa bersekolah di SMK Sg. Besar / SMK Dato' Mustapha, Pasir Panjang yang terletak kira-kira 11 hingga 13 km dari rumah mereka Sekolah tersebut pula mempunyai masalah kesesakan pelajar.